BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 14, 2010

Kenali Teori2 Pembelajaran

Dalam proses pembelajaran, terdapat byk teori2 yang perlu diketahui.Teori pembelajaran merupakan prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian para ahli psikologi.Melalui teori-teori ini, para guru akan memahami cara para pelajarnya belajar.Selain itu, dengan adanya teori para guru dalam merancang kaedah mahupun teknik pengajaran yang berkesan kepada para pelajarnya.

TEORI BEHAVIORISME
-Mengikut teori ini, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri setiap inidividu melalui pengalaman.
-Menumpukan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.
-ahli psikologi behavioris mengatakan bahawa sesuatu benda yang wujud adalah sesuatu benda yang boleh diperhatikan.Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia.
-Pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi tingkah laku pelajar samada baik atau sebaliknya.
-Teori ini menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramalkan.

TEORI KONSTRUKTIVISME
-Menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
-mengikut teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid secara sempurna dan sepenuhnya.Oleh itu, murid-murid perlu bina ilmu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.
-Pembelajaran juga adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.
-John Dewey menguatkan lagi teori ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanaka proses P & P sebagai proses membina serta menyusun pengalaman secara berterusan.Beliau juga menekankan penglibatan murid dalam setiap aktiviti P & P.
-