BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 22, 2010

MEDIA PENGAJARAN

Media dan komunikasi

Media ialah alat atau perantara komunikasi atau hubungan (Kamus Dewan, 1994).Sebagai alat perantara, media merupakan saluran untuk manusia berkomunikasi atau berhubung.Media menjadi pengantara untuk pihak yang memberi atau menyampaikan maklumat dengan pihak yang menerima maklumat.

Media pengajaran memberi maklumat untuk tujuan mendidik atau mengajar.Dengan menggunakan media, komunikasi antara pengajar, sebagai pihak yang menghantar maklumat, dengan pelajar, sebagai pihak yang menerima maklumat akan menjadi lebih mudah dan berkesan.


KLASIFIKASI MEDIA PENGAJARAN

1.Alat Pandang
-Alat ini melibatkan deria penglihatan atau mata.
-Antara media yang tergolong dalam jenis ini ialah bahan bacaan, sama ada bahan bercetak atau tidak bercetak; bahan yg dipamerkan seperti gambar rajah dan lukisan; bahan tayang seperti transparensi, komputer tanpa bunyi dan sebagainya.

2.Alat Dengar
-Melibatkan deria pendengaran iaitu telinga.
-Sebagai contoh ialah radio, kaset, pita rakaman, cakera padat.

3.Alat Pandang - Dengar
-Melibatkan kedua-dua deria utama manusia iaitu penglihatan dan pendengaran
-Alat tersebut seperti televisyen, video, filem, cakera padat dan komputer (dgn bunyi)

Selain itu, media pengajaran juga boleh dibahagikan kepada media elektronik dan bukan elektronik.

1.Media Elektronik
-Alat-alat yang menggunakan kuasa bateri atau elektrik seperti radio, perakam kaset, televisyen, perakam video, projektor overhed dan komputer.

2.Media bukan Elektronik
-Alatan yang tidak memerlukan kuasa bateri atau elektrik seperti bahan bercetak.
-Sebagai contoh, buku teks, gambar rajah, poster, iklan, papan tulis, papan pamer dan sebagainya.


FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN

1.Menerangkan sesuatu konsep
-Dgn adanya media maka akan memudahkan guru untuk membuat penerangan atau penghuraian tentang sesuatu perkara atau konsep.
-Ada kalanya penerangan secara lisan sahaja tidak memadai dan sukar untuk difahami oleh pelajar.Maka dengan adanya media akan membolehkan penerangan dapat difahami dengan sepenuhnya.

2.Meransang minat pelajar
-Dengan adanya media pengajaran akan mampu meransang minat pelajar terhadap sesuatu yang akan dipelajari.
-Penggunaan video atau muzik akan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan kepada pelajar.

3.Mempelbagaikan kegiatan pengajaran- pembelajaran
-Sesetengah pelajaran seperti pelajaran bahasa akan menjadi semakin membosankan sekiranya guru tidak bijak dalam mempelbagaikan pengajaran.
-Dengan adanya media, guru boleh menjalankan sesi pengajaran diselang selikan dengan penggunaan bahan visual atau rakaman.

4.Menjimatkan masa untuk pengajaran
-Penggunaan media pengajaran boleh menjimatkan masa pengajaran
-Soalan-soalan atau gambar-gambar boleh ditulis dan dilukis terlebih dahulu oleh guru sebelum memulakan pengajaran.
-Sebagai contoh penggunaan papan gulung.

5.Melibatkan pelajar secara aktif
-Pelajar boleh terlibat secara aktif dengan adanya kepelbagaian media pengajaran.
-Penglibatan secara aktif pelajar akan membantu pemahaman dan meningkatkan kemahiran pelajar.

6.Menyediakan pengalaman yang sebenar
-Ada kalanya alat bantu mengajar dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar.

7.Mempertajamkan deria pelajar
-Telah diakui bahawa proses pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya lebih daripada satu deria terlibat semasa proses pembelajaran tersebut.


PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

1.Tiada media Terbaik
-Tiada satu media yang boleh dianggap terbaik untuk semua tujuan.Setiap media mempunyai kelebihan tersendiri.

2.Selaras dengan objektif pengajaran - pembelajaran
-Menggunakan media hendaklah selaras atau relevan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan

3.Membiasakan diri dengan media
-Pengguna media perlu membiasakan diri dgn peralatan dan isi atau kandungan bahan media yang dipilih
-Penggunaan media akan menjadi lebih licin dan teratur sekiranya guru biasa menggunakan media tersebut.

4.Bersesuaian dengan kaedah
-Media yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan cara pengajaran.
-Kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan perlu menggunakan media yang bertepatan dengan kaedah atau teknik tersebut.

5.Bersesuaian dengan keupayaan dan gaya pembelajaran
-Media yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan keupayaan dan gaya pembelajaran pelajar.
-Perbezaan individu atau kumpulan perlu diambil kira.

6.Pemilihan secara objektif
-Media perlu dipilis secara objektif, dan tidak berdasarkan kegemaran sendiri.

7.Pengaruh keadaan sekitar
-Keadaan sekitar dimana media itu digunakan akan mempengaruhi kesan atau hasil media tersebut.
-Contohnya, projektor slaid tidak sesuai digunakan di tempat yang agak terang.

BENTUK-BENTUK UJIAN BERTULIS

Kemp J.E at al. (1998) menjelaskan bahawa ujian bertulis boleh dibagahikan kepada dua kategori mengikut bentuk soalan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif

SOALAN OBJEKTIF
-Memerlukan pelajar mengenalpasti dan memilih satu daripada 2 atau lebih jawapan yg diberikan.
-Pelajar tidak perlu menulis jawapan.Pelajar hanya perlu menanda sahaja jawapan yang dianggap betul.
-Tiga jenis ujian dalam kategori soalan objektif adalah seperti soalan aneka jawapan, soalan betul/salah dan soalan padanan.

i)Soalan aneka jawapan
-terbahagi kpd 2 bahagian iaitu pokok soalan atau stem dan pilihan jawapan.
-jawapan pula terbahagi kpd 2 iaitu kunci (jawapan yang betul) dan pendaya @ distraktor(jawapan yang salah)

ii)Soalan betul/salah
-merupakan satu penyataan.
-Pelajar perlu menentukan sama ada penyataan itu betul atau salah.
-Soalan jenis ini mudah dibina dan diperiksa, tetapi kelemahannya adalah ujian ini lebih memberatkan daya kenal daripada daya ingatan pelajar.
-kecenderungan pelajar untuk meneka adalah lebih tinggi.

iii)Pemadanan
-Merupakan satu bentuk ujian aneka pilihan yang memerlukan pelajar mengenalpasti perkaitan antara senarai dalam satu kolum denga satu lg senarai dalam kolum yang lain.
-Sesuai utk menguji keupayaan pelajar memadankan item yang berkaitan.


SOALAN SUBJEKTIF
-Boelh dibina dlm beberapa cara iaitu drpd yang memerlukan satu perkataan sebagai jawapan atau sebuah esei yang memerlukan beberapa helai kertas jawapan.
-boleh dibahagikan kpd 3 jenis:

i) Soalan jawapan ringkas
-Pelajar hanya perlu menjawab menggunakan satu atau beberapa patah perkataan @ dgn menggunakan 1 ayat ringaks utk menyempurnakan penyataan atau persoalan yg tidak lengkap.

ii) Soalan esei
-Sesuai utk menilai tahap kognitif tinggi pelajar.
-Melalui soalan esei pelajar dpt melahirkan fikiran @ mempertahankan pendapat.
-Soalan esei juga lebih menumpukan kepada kebolehan pelajar utk menghasilkan, menyatupadukan dan menjelaskan idea.

iii)Soalan penyelesaian masalah
-Soalan seperti ini mudah dibina tetapi suakr utk diperiksa.
-Soalan ini dpt menilai tahap kognitif yang tinggi


MENENTUKAN KEBERKESANAN UJIAN

1.Kebolehpercayaan
-Kebolehpercayaan membawa maksud bahawa ujian yang dibina itu dapat mengukur dengan tepat dan tekal apa yg hendak diuji.
-Ujian yg mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi mempunyai keepatan, ketekalan dan kestabilan utk mengukur prestasi seseorg pelajar.
-Guru boleh menentukan kebolehpercayaan sesuatu ujian dengan memberi ujian yang sama kpd kumpulan pelajar yg sama sebanyak 2 kali.
-Jarak antara ujian boleh dilakukan antara 1 hingga 2 mggu.
-Setelah ujian kedua dilakukan guru bolehlah membandingkan markah yang diperoleh oleh setiap pelajar di dalam kedua-dua ujian.
-Sekiranya hanya berlaku perbezaan yang kecil, maka ujian itu mempunyai kebolehpercayaan yg tinggi

2.Kesahan
-Kesahan membawa maksud bahawa sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkara yang hendak diuji.
-Soalan-soalan yg disediakan adalah sesuai dengan kemahiran dan tahap yg diharapkan pelajar mencapainya.
-Ujian yg dibina oleh guru untuk kegunaan di bilik darjah boleh ditentukan kesahan kandungan ujian itu dgn menggunakan peratus.
-Lebih tinggi peratus persetujuan yg dicapai, lebih tinggi kesahan ujian tersebut.

3.Keadilan
-Keadilan bermaksud pelajar yg mengambil ujian merasakan bahawa ujian itu dikendalikan secara adil dan tidak menimbulkan rungutan pelajar
-Keadlian juga boleh dikaitkan dengan aras dan pengagihan kesukaran ujian.

4.Kelicinan
-Sesuatu ujian hendaklah dijalankan secara baik dan tidak terganggu.
-Ujian hendaklah diadakan ditempat dan keadaan yang sesuai.
-Kesilapan seperti salah ejaan, salah angka dan kesalahan teknikal tidakl sepatutnya berlaku.

TEKNIK PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF
1.Penulisan pokok soalan.
2.Hanya satu jawapan yang betul.
3.Menggunakan bahasa yang mudah.
4.Soalan perlulah tepat dan dikemas kini.
5.Pilihan jawapan hendaklah tidak bertentangan antara satu sama lain.
6.Setiap pilihan jawapan perlu mempunyai hubungan dengan soalan pokok.
7.Elakkan menggunakan tatabahasa yang salah.


STRATEGI PENYOALAN
1.Soalan Tahap Rendah
-Bertujuan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar, iaitu pengetahuan yang mereka telah ketahui.
-Mengingatkan pelajar kepada maklumat penting yang perlu mereka ketahui.

2.Soalan Tahap Tinggi
-Dalam hierarki Taksonomi Bloom, soalan tahap tinggi ini ialah pada peringkat pemahaman, penggunaan, analisis, sisntesis dan penilaian.
-Soalan tersebut memerlukan pelajar menghubungkan idea-idea dan memperluaskan pemikiran mereka dan tidak hanya mengingat semula apa yang telah diketahui.

3.Soalan Konvergen
-Hanya memerlukan satu jawapan yang betul.
-Bertujuan untuk memastikan fakta yang telah diajar.
-Biasanya merupakan soalan tahap rendah.

4. Soalan Divergen
-Satu atau lebih jawapan yang betul boleh diterima untuk menjawab soalan divergen.
-Digunakan untuk meningkatkan penglibatan pelajar.

TUJUAN MENYOAL
1.Mengetahui pengetahuan pelajar
2.Menarik perhatian pelajar
3.Mengawal disiplin pelajar
4.Interaksi antara guru dan pelajar
5.Menggalakkan perbincangan
6.Meninjau keberkesanan pengajaran guru
7.Aktiviti pengukuhan

Wednesday, October 20, 2010

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENILAIAN

Salah satu tugas guru adalah untuk membuat penilaian.Guru perlu membuat penilaian bagi aspek pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.Penilaian juga penting untuk mengetahui kemajuan pelajar.Bahan serta kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu dinilai.Ini bertujuan untuk membantu guru membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya

Di sekolah, tugas utama seorang guru adalah mengajar.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ada objektif yang perlu dicapai oleh guru.Pelbagai cara dilakukan oleh guru dalam menyampaikan objektif tersebut.Untuk mengetahui sama ada objektif itu tercapai atau tidak, maka penilaian perlu dijalankan.

PRINSIP-PRINSIP PENILAIAN DAN PENGUJIAN

Prinsip-prinsip penilaian dan pengujian perlulah diketahui kerana prinsip tersebut penting dalam persediaan guru mengendalikan ujian di sekolah.Cole (1994) mengemukakan beberapa prinsip pengujian dan pengukuran.Antaranya ialah:

1.Menjalankan praujian
-Membantu guru mengenalpasti pengetahuan pelajar.Cara ini juga dapat membantu guru merancang pelajaran.

2.Ujian secara berkala
-Ujian perlu diadakan secara berkala.Ujian yang berbentuk formatif dapat membantu guru merangka pelajaran.Ujian secara berkala dapat mengesan kelemahan pelajaran pada peringkat awal pelajaran.

3.Ujian secara formatif dan sumatif
-Guru perlu mengadakan kedua-dua ujian ini.Ujian formatif digunakan untuk menilai kemajuan pelajaran sepanjang masa.Ujian sumatif digunakan untuk mengetahui pencapaian pelajar pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu kursus.

4.Menggunakan pelbagai cara untuk menilai
-Penilaian perlu dilakukan dengan pelbagai cara seperti ujian bertulis, tugasan atau praktikal

5.Menguji berbagai-bagai tahap pembelajaran
-Pelajar perlu diuji tahap pengetahuan, pemahaman, penggunaan, analisis, sistesis dan menilai.Penilaian sebegini dapat mengukur kebolehan pelajar secara adil dan menyeluruh.

6.Bina bahan ujian untuk tujuan pemulihan
-Kekuatan dan kelemahan pelajara dapat dikesan daripada hasil ujian.

7.Bina bahan ujian yang mempunya kebolehpercayaan dan kesahan
-Sesuatu ujian perlu mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi bagi mencapai objektif sesuatu ujian.Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah menghasilkan keputusan yang tidak kental.Ujian yang mempunyai kesahan yang rendah pula tidak dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur.

8.Urutan bahan ujian dari yang mudah kepada yang sukar
-Item dalam ujian disusun dari yang mudah kepada yang susah.Dengan cara ini, pelajar yang lemah akan lebih bersemangat untuk meneruskan ujian.

9.Menyimpan fail untuk merekod data ujian
-Segala hasil atau keputusan ujian perlu disimpan untuk rujukan.Data yang diperoleh dapat membantu guru mengenalpasti keupayaan pelajar.

10.Gunakan maklumat daripada penilaian untuk merancang pengajaran.
-Maklumat daripada penilaian merupakan data asas untuk merancang, memantau dan menilai sesuatu program pengajaran.


JENIS-JENIS PENILAIAN

1.Penilaian formatif
-Memberi tumpuan kepada proses pengajaran
-Memberi maklumat kepada guru atau pengajar tentang kemajuan sesuatu program atau proses pengajaran.
-Ujian ini boleh digunakan untuk menilai semula dan memperbaiki pengajaran guru.
-Penilaian formatif dijalankan sepanjang program pengajaran iaitu selepas guru selesai menyampaikan sesuatu unit pelajaran.

2.Penilaian Sumatif
-Dijalankan untuk mengukur pencapaian pelajar setelah tamat sesuatu kursus atau program.
Digunakan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian muktamad pelajar pada akhir program.
-Boleh mengetahui pelajar dari kumpulan-kumpulan mengikut keupayaan atau pencapaian mereka.

3.Penilaian penempatan/kesediaan
-Menguji kebolehan asas pelajar sebelum mereka mengikuti sesuatu pelajaran atau kursus.

4.Penilaian rujukan kriteria
-Ujian ini dibentuk berdasarkan objektif dan kandungan kursus dan peringkat pencapaian yang diharapkan kebanyakan pelajar harus mencapainya.
-Guru membandingkan keputusan yang diperoleh oleh seseorang pelajar berdasarkan kepada kriteria atau standard yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

5.Penilaian rujukan norma
-Ujian dibina dengan memasukkan item atau soalan yang senang dan yang sukar supaya taburan keputusan pencapaian pelaar dalam bentuk lengkung lazim.


TUJUAN PENILAIAN

1.Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar
2.Meningkatkan keberkesanan program
3.Mengukur keberkesanan program
4.Memperoleh data untuk tindakan selanjutnya
5.Maklum balas untuk pelajar dan ibu bapa
6.Memberi motivasi kepada pelajar.

Sunday, October 10, 2010

KAEDAH PENGAJARAN

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) yang mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi pemahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas.

Antara kaedah-kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka ialah:

1.Perbincangan

-kaedah ini merupakan aktiviti dimana pelajar menyoal dan menyatakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang kukuh.Semasa perbincangan murid perlu berfikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.

2. Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

3. Lawatan

Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.

4.Kajian masa depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

5.Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

* Kenal pasti dan faham masalah

*Jelaskan masalah

*Cari alternatif penyelesaian masalah.

* Lakukan operasi penyelesaian.

* Nilaikan penyelesaian

6. Sumbangsaran

-Salah satu kaedah penyelesaian masalah. Juga dikenali sebagai pecambahan fikiran tentang sesuatu topic. Ahli kumpulan memberi pendapat/idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Sesi buzz boleh digunakan untuk mendapatkan idea yang boleh menyelesaikan masalah. Guru mengemukakan satu/beberap topik perbincangan berbentuk soalan bermasalah. Guru memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan,

-Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (6-10 orang). Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan. Semua ahli digalakkan menyumbangkan idea / pendapat berkaitan dengan topik tersebut oleh pengerusi kumpulan. Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan kecil itu,Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula bagi mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan yang dikemukakan.

-Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid membuat keputusan/rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.

7. Tunjuk cara (Demonstrasi)

- Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara. Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.

-Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.

-Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb.

-Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.

-Jenis-jenis tunjuk cara – model hidup, model simbolik dan model persepsi.

    • Model hidup – model sebenar contoh demonstrasi guru dalam bermain alat muzik,
    • Model simbolik – berlandaskan langkah-langkah secara bertulis contoh murid-murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk membuat kuih.
    • Model persepsi – penggunaan video contoh menggerakkan tangan semasa berlari 100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video.

8.Lawatan

- Aktiviti sokongan membolehkan murid memerhati apa yang hendak dipelajari di dalam buku seperti situasi sebenar.Antara contoh aktiviti seperti membawa murid-murid ke kilang, museum, ladang dan tempat-tempat awam untuk membuat pemerhatian/kajian.

9.Inkuiri-Penemuan

- Gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Aktiviti pembelajaran ini melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati, mengkaji, mengumpul data, menganalisis, mentafsir dan merumus. Penemuan adalah proses mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau ciri sesuatu perkara yang sedia wujud. Kaedah dapatan ini melibatkan murid menggunakan daya usaha dan akal fikiran bagi menjalankan satu siri aktiviti supaya menemui prinsip, fenomena atau ciri sesuatu perkara yang hendak dikaji.