BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 10, 2010

KAEDAH PENGAJARAN

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) yang mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi pemahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas.

Antara kaedah-kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka ialah:

1.Perbincangan

-kaedah ini merupakan aktiviti dimana pelajar menyoal dan menyatakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang kukuh.Semasa perbincangan murid perlu berfikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.

2. Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

3. Lawatan

Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.

4.Kajian masa depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

5.Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

* Kenal pasti dan faham masalah

*Jelaskan masalah

*Cari alternatif penyelesaian masalah.

* Lakukan operasi penyelesaian.

* Nilaikan penyelesaian

6. Sumbangsaran

-Salah satu kaedah penyelesaian masalah. Juga dikenali sebagai pecambahan fikiran tentang sesuatu topic. Ahli kumpulan memberi pendapat/idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Sesi buzz boleh digunakan untuk mendapatkan idea yang boleh menyelesaikan masalah. Guru mengemukakan satu/beberap topik perbincangan berbentuk soalan bermasalah. Guru memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan,

-Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (6-10 orang). Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan. Semua ahli digalakkan menyumbangkan idea / pendapat berkaitan dengan topik tersebut oleh pengerusi kumpulan. Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan kecil itu,Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula bagi mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan yang dikemukakan.

-Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid membuat keputusan/rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.

7. Tunjuk cara (Demonstrasi)

- Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara. Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.

-Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.

-Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb.

-Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.

-Jenis-jenis tunjuk cara – model hidup, model simbolik dan model persepsi.

    • Model hidup – model sebenar contoh demonstrasi guru dalam bermain alat muzik,
    • Model simbolik – berlandaskan langkah-langkah secara bertulis contoh murid-murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk membuat kuih.
    • Model persepsi – penggunaan video contoh menggerakkan tangan semasa berlari 100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video.

8.Lawatan

- Aktiviti sokongan membolehkan murid memerhati apa yang hendak dipelajari di dalam buku seperti situasi sebenar.Antara contoh aktiviti seperti membawa murid-murid ke kilang, museum, ladang dan tempat-tempat awam untuk membuat pemerhatian/kajian.

9.Inkuiri-Penemuan

- Gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Aktiviti pembelajaran ini melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati, mengkaji, mengumpul data, menganalisis, mentafsir dan merumus. Penemuan adalah proses mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau ciri sesuatu perkara yang sedia wujud. Kaedah dapatan ini melibatkan murid menggunakan daya usaha dan akal fikiran bagi menjalankan satu siri aktiviti supaya menemui prinsip, fenomena atau ciri sesuatu perkara yang hendak dikaji.

0 comments: