BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 20, 2010

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENILAIAN

Salah satu tugas guru adalah untuk membuat penilaian.Guru perlu membuat penilaian bagi aspek pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.Penilaian juga penting untuk mengetahui kemajuan pelajar.Bahan serta kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu dinilai.Ini bertujuan untuk membantu guru membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya

Di sekolah, tugas utama seorang guru adalah mengajar.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ada objektif yang perlu dicapai oleh guru.Pelbagai cara dilakukan oleh guru dalam menyampaikan objektif tersebut.Untuk mengetahui sama ada objektif itu tercapai atau tidak, maka penilaian perlu dijalankan.

PRINSIP-PRINSIP PENILAIAN DAN PENGUJIAN

Prinsip-prinsip penilaian dan pengujian perlulah diketahui kerana prinsip tersebut penting dalam persediaan guru mengendalikan ujian di sekolah.Cole (1994) mengemukakan beberapa prinsip pengujian dan pengukuran.Antaranya ialah:

1.Menjalankan praujian
-Membantu guru mengenalpasti pengetahuan pelajar.Cara ini juga dapat membantu guru merancang pelajaran.

2.Ujian secara berkala
-Ujian perlu diadakan secara berkala.Ujian yang berbentuk formatif dapat membantu guru merangka pelajaran.Ujian secara berkala dapat mengesan kelemahan pelajaran pada peringkat awal pelajaran.

3.Ujian secara formatif dan sumatif
-Guru perlu mengadakan kedua-dua ujian ini.Ujian formatif digunakan untuk menilai kemajuan pelajaran sepanjang masa.Ujian sumatif digunakan untuk mengetahui pencapaian pelajar pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu kursus.

4.Menggunakan pelbagai cara untuk menilai
-Penilaian perlu dilakukan dengan pelbagai cara seperti ujian bertulis, tugasan atau praktikal

5.Menguji berbagai-bagai tahap pembelajaran
-Pelajar perlu diuji tahap pengetahuan, pemahaman, penggunaan, analisis, sistesis dan menilai.Penilaian sebegini dapat mengukur kebolehan pelajar secara adil dan menyeluruh.

6.Bina bahan ujian untuk tujuan pemulihan
-Kekuatan dan kelemahan pelajara dapat dikesan daripada hasil ujian.

7.Bina bahan ujian yang mempunya kebolehpercayaan dan kesahan
-Sesuatu ujian perlu mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi bagi mencapai objektif sesuatu ujian.Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah menghasilkan keputusan yang tidak kental.Ujian yang mempunyai kesahan yang rendah pula tidak dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur.

8.Urutan bahan ujian dari yang mudah kepada yang sukar
-Item dalam ujian disusun dari yang mudah kepada yang susah.Dengan cara ini, pelajar yang lemah akan lebih bersemangat untuk meneruskan ujian.

9.Menyimpan fail untuk merekod data ujian
-Segala hasil atau keputusan ujian perlu disimpan untuk rujukan.Data yang diperoleh dapat membantu guru mengenalpasti keupayaan pelajar.

10.Gunakan maklumat daripada penilaian untuk merancang pengajaran.
-Maklumat daripada penilaian merupakan data asas untuk merancang, memantau dan menilai sesuatu program pengajaran.


JENIS-JENIS PENILAIAN

1.Penilaian formatif
-Memberi tumpuan kepada proses pengajaran
-Memberi maklumat kepada guru atau pengajar tentang kemajuan sesuatu program atau proses pengajaran.
-Ujian ini boleh digunakan untuk menilai semula dan memperbaiki pengajaran guru.
-Penilaian formatif dijalankan sepanjang program pengajaran iaitu selepas guru selesai menyampaikan sesuatu unit pelajaran.

2.Penilaian Sumatif
-Dijalankan untuk mengukur pencapaian pelajar setelah tamat sesuatu kursus atau program.
Digunakan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian muktamad pelajar pada akhir program.
-Boleh mengetahui pelajar dari kumpulan-kumpulan mengikut keupayaan atau pencapaian mereka.

3.Penilaian penempatan/kesediaan
-Menguji kebolehan asas pelajar sebelum mereka mengikuti sesuatu pelajaran atau kursus.

4.Penilaian rujukan kriteria
-Ujian ini dibentuk berdasarkan objektif dan kandungan kursus dan peringkat pencapaian yang diharapkan kebanyakan pelajar harus mencapainya.
-Guru membandingkan keputusan yang diperoleh oleh seseorang pelajar berdasarkan kepada kriteria atau standard yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

5.Penilaian rujukan norma
-Ujian dibina dengan memasukkan item atau soalan yang senang dan yang sukar supaya taburan keputusan pencapaian pelaar dalam bentuk lengkung lazim.


TUJUAN PENILAIAN

1.Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar
2.Meningkatkan keberkesanan program
3.Mengukur keberkesanan program
4.Memperoleh data untuk tindakan selanjutnya
5.Maklum balas untuk pelajar dan ibu bapa
6.Memberi motivasi kepada pelajar.

0 comments: