BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 22, 2010

MEDIA PENGAJARAN

Media dan komunikasi

Media ialah alat atau perantara komunikasi atau hubungan (Kamus Dewan, 1994).Sebagai alat perantara, media merupakan saluran untuk manusia berkomunikasi atau berhubung.Media menjadi pengantara untuk pihak yang memberi atau menyampaikan maklumat dengan pihak yang menerima maklumat.

Media pengajaran memberi maklumat untuk tujuan mendidik atau mengajar.Dengan menggunakan media, komunikasi antara pengajar, sebagai pihak yang menghantar maklumat, dengan pelajar, sebagai pihak yang menerima maklumat akan menjadi lebih mudah dan berkesan.


KLASIFIKASI MEDIA PENGAJARAN

1.Alat Pandang
-Alat ini melibatkan deria penglihatan atau mata.
-Antara media yang tergolong dalam jenis ini ialah bahan bacaan, sama ada bahan bercetak atau tidak bercetak; bahan yg dipamerkan seperti gambar rajah dan lukisan; bahan tayang seperti transparensi, komputer tanpa bunyi dan sebagainya.

2.Alat Dengar
-Melibatkan deria pendengaran iaitu telinga.
-Sebagai contoh ialah radio, kaset, pita rakaman, cakera padat.

3.Alat Pandang - Dengar
-Melibatkan kedua-dua deria utama manusia iaitu penglihatan dan pendengaran
-Alat tersebut seperti televisyen, video, filem, cakera padat dan komputer (dgn bunyi)

Selain itu, media pengajaran juga boleh dibahagikan kepada media elektronik dan bukan elektronik.

1.Media Elektronik
-Alat-alat yang menggunakan kuasa bateri atau elektrik seperti radio, perakam kaset, televisyen, perakam video, projektor overhed dan komputer.

2.Media bukan Elektronik
-Alatan yang tidak memerlukan kuasa bateri atau elektrik seperti bahan bercetak.
-Sebagai contoh, buku teks, gambar rajah, poster, iklan, papan tulis, papan pamer dan sebagainya.


FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN

1.Menerangkan sesuatu konsep
-Dgn adanya media maka akan memudahkan guru untuk membuat penerangan atau penghuraian tentang sesuatu perkara atau konsep.
-Ada kalanya penerangan secara lisan sahaja tidak memadai dan sukar untuk difahami oleh pelajar.Maka dengan adanya media akan membolehkan penerangan dapat difahami dengan sepenuhnya.

2.Meransang minat pelajar
-Dengan adanya media pengajaran akan mampu meransang minat pelajar terhadap sesuatu yang akan dipelajari.
-Penggunaan video atau muzik akan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan kepada pelajar.

3.Mempelbagaikan kegiatan pengajaran- pembelajaran
-Sesetengah pelajaran seperti pelajaran bahasa akan menjadi semakin membosankan sekiranya guru tidak bijak dalam mempelbagaikan pengajaran.
-Dengan adanya media, guru boleh menjalankan sesi pengajaran diselang selikan dengan penggunaan bahan visual atau rakaman.

4.Menjimatkan masa untuk pengajaran
-Penggunaan media pengajaran boleh menjimatkan masa pengajaran
-Soalan-soalan atau gambar-gambar boleh ditulis dan dilukis terlebih dahulu oleh guru sebelum memulakan pengajaran.
-Sebagai contoh penggunaan papan gulung.

5.Melibatkan pelajar secara aktif
-Pelajar boleh terlibat secara aktif dengan adanya kepelbagaian media pengajaran.
-Penglibatan secara aktif pelajar akan membantu pemahaman dan meningkatkan kemahiran pelajar.

6.Menyediakan pengalaman yang sebenar
-Ada kalanya alat bantu mengajar dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar.

7.Mempertajamkan deria pelajar
-Telah diakui bahawa proses pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya lebih daripada satu deria terlibat semasa proses pembelajaran tersebut.


PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

1.Tiada media Terbaik
-Tiada satu media yang boleh dianggap terbaik untuk semua tujuan.Setiap media mempunyai kelebihan tersendiri.

2.Selaras dengan objektif pengajaran - pembelajaran
-Menggunakan media hendaklah selaras atau relevan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan

3.Membiasakan diri dengan media
-Pengguna media perlu membiasakan diri dgn peralatan dan isi atau kandungan bahan media yang dipilih
-Penggunaan media akan menjadi lebih licin dan teratur sekiranya guru biasa menggunakan media tersebut.

4.Bersesuaian dengan kaedah
-Media yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan cara pengajaran.
-Kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan perlu menggunakan media yang bertepatan dengan kaedah atau teknik tersebut.

5.Bersesuaian dengan keupayaan dan gaya pembelajaran
-Media yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan keupayaan dan gaya pembelajaran pelajar.
-Perbezaan individu atau kumpulan perlu diambil kira.

6.Pemilihan secara objektif
-Media perlu dipilis secara objektif, dan tidak berdasarkan kegemaran sendiri.

7.Pengaruh keadaan sekitar
-Keadaan sekitar dimana media itu digunakan akan mempengaruhi kesan atau hasil media tersebut.
-Contohnya, projektor slaid tidak sesuai digunakan di tempat yang agak terang.

0 comments: